Sunday, September 2, 2012

Refleksi Guru Berinovasi Adalah Guru Berkualiti

Refleksi : Guru Berinovasi Adalah Guru Berkualiti
Oleh : Shakila Adam Rafik Thiagarajah


Bagi tugasan untuk subjek Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru  ( EDU 3108 )mengekehendaki saya untuk membuat analisis sebuah artikel pilihan mengenai isu keguruan. Pertama sekali, proses pemilihan artikel adalah sedikit rumit kerana saya tidak dapat memilih artikel yang paling sesuai. Saya memilih artikel ini kerana isunya yang berkait rapat dengan tema hari guru pada tahun ini. Saya selalu tertarik dengan inovasi yang dilakukan oleh para pendidik. Ini menunjukkan kehebatan profesion keguruan. Inovasi yang dilakuakan oleh seorangg guru tidak memerlukan pencapaian akademik yang melangit melainkan usaha untuk sentiasa berada satu langkah ke hadapan. Namun dengan pencapaian akademik lagi dapat mengutuhkan inovasi yang dilakukan.


            Antara masalah yang saya hadapi sepanjang menjalankan tugasan ini adalah ketandusan idea. Hanya pada semester ini baru saya hadapi tugasan yang memerlukan saya membuat ulasan. Sesungguhnya, kebolehan saya untuk mengarang adalah sangat rendah. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya banyak merujuk kepada contoh-contoh penulisan yang terdapat di internet. Penulisan-penulisan tersebut banyak membantu saya sepanjang melaksanakan tugasan ini. Selain itu, saya banyak mempelajari tentang ‘guru berinovasi’. Banyak perkara yang menjadikan seseorang guru yang berinovasi. Saya sedari, untuk menjadi seorang guru berinovasi ini adalah pilihan. Praktikum yang telah saya jalani selama 6 bulan sedikit sebanyak memberi saya ‘preview’ tentang tugas seorang guru kelak. Tugas seorang guru bukanlah mudah seperti apa yang dikatakan oleh orang lain. Bebanan tugas setiasa membelengu meskipun loceng tamat persekolahan sudah berbunyi. Namun, halangan ini boleh diatasi jika dilihat pada pemenang-pemenang guru inovasi. Jika saya ingin menjadi seorang guru berinovasi saya harus memulakan langkah apabila saya memulakn detik sewaktu saya bergelar guru sebenar di sekolah kelak.
            `           Akhir sekali, seperti tugasan-tugasan yang lain ia memberi pengetahuan yang mendalam tentang subjek yang dipelajari. Selain itu, ia membuat saya sedar bahawa adalah sangat bahaya untuk berada pada zon selamat. Ini kerana, apabila kita berada pada satu tokok dimana kita berasa selasa perubahan yang dibawa akan menjadi satu ancaman. Oleh itu, saya berharap dapat menggunakan segala pengalaman, pengetahuan dan kesedaran yang saya perolehi ini untuk meningkatkan amalan profesion saya pada masa akan datang.





Guru Berinovasi Adalah Guru Berkualiti

Tajuk Artikel : Guru Berinovasi Adalah Guru Berkualiti
Oleh : Shakila Adam Rafik Thiagarajah



‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’ merupakan tema bagi sambutan Hari Guru tahun 2012. Kata-kata yang digunakan betul-betul dapat menggambarkan profesion guru pada masa sekarang. Dengan keinginan negara kita untuk mencapai status negara maju yang menyebabkan pengembangan pesat dalam bidang teknologi serta menyebabkan perubahan dalam dinamika sosial masyarakat di Malaysia, sudah seharusnya fungsi dan tugas guru perlu berubah. Guru harus berinovasi bagi memenuhi keperluan dan desakan yang terhasil dalam era globalisasi ini. Oleh itu, memetik artikel yang disiarkan oleh Berita Harian Online yang bertajuk ‘Guru berinovasi adalah guru berkualiti: Muhyiddin’. Sepertimana yang tertera pada tajuk artikel tersebut, laporan tersebut mengulas pada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia. Ucapan tersebut disampaikan oleh beliau ketika merasmikan sambutan Hari Guru 2012 peringkat kebangsaan.

            Kata-kata yang menarik perhatian saya pada tajuk artikel tersebut adalah ‘guru berinovasi’ dan ‘guru berkualiti’. Dilihat dahulu satu persatu apa yang dimaksudkan dengan inovasi dan juga kualiti. Kreatif dan inovatif sering disebut bersama-sama. Namun kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.Mengikut kamus dewan sdisi keempat (2007), kreatif bermaskud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli manakala inovasi bermaksud sesuatu yg baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yg baru. dari penerangan maksud ini dapat dilihat bahawa kreatif dan inovasi adalah berbeza. Kreatif secara ringkasnya bermaksud mencipta sesuatu yang baharu manakala inovasi memperbaiki dan mempebaharui  sesuatu yang sedia ada. Ini kerana inovasi ini berasal dari perkataan bahasa latin ‘innovare’ yang bermaksud memperbaharui atau meminda. Ini disokong oleh Fullan (2011) yang menyatakan bahawa inovasi aadalah satu bentuk perubahan di mana proses inovasi itu mengiringi perubahan yang berlaku.  Inovasi juga dapat ditakrifkan mengikut banyak bidang antaranya mengikut bidang industri dimanainovasi adalah apabila beberapa barang  digabung menjadi satu,  penegluaran barang yang baru, modifikasi terhadap barang yang sedia ada serta kegunaan baru bagi barangan lama (Ahmad Shukri Mohd. Naim & Amran Md. Rasli, 2005). Dengan ini dapat disimpulkan bahawa guru yang berinovasi adalah guru yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang baru yang dapat meningkatkan hasil proses pengajaran dan pembelajarannya. Ini seperti yang dikatakan oleh John Adair (2011) di mana seseorang yang inovatif dalam bidang mereka mampu untuk menghasilkan idea baru dengan  jayanya ‘dibawa ke pasaran’ sebagai produk atau perkhidmatan yang baru (atau diperbaharui).

            Mengikut David Garvin (Ilhaamie binti Abdul Ghani Azmi, 2002 ) kualiti ialah ciri-ciri yang dinyatakan seperti bagus, berdasarkanproduk, pengguna, pengeluaran atau nilai. Menurut Garvin lagi, ciri-ciri kualiti boleh dikenalpasti daripada lapan dimensi iaitu: kebolehpercayaan (reliability), penepatan (conformance), ketahanan (durability), keupayaan perkhidmatan (serviceability), estetik, persembahan, ciri-ciri asas produk atau perkhidmatan dan kualiti yang dijangka (perceived quality). Manakala mengikut MS ISO 9000 kualitia ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat. Dari dua penegrtian kualiti ini, dapat ditakrifkan bahawa guru berkualiti adalah guru yang yang cemerlang di mana ia mampu memenuhi keperluan murid-muridnya melalui pengajaran dan pembelajaran serta dapat menjalankan tugasnya dengan bermotivasi agar dirinya menjadi seorang guru yang produktif. Ini bersesuaian dengan ciri-ciri guru berkualiti iaitu berpengetahuan, berkemahiran, berpengalaman dan juga mempunyai sahsiah yang boleh dicontohi. Sekiranya guru itu mempunyai usaha untuk mentransformasi dirinya serta pengajaran dan pembelajaranya kea rah yang lebih baik maka dia seorang guru yang berinovasi sekaligus membuatkan guru tersebut guru yang berkualiti.

            Dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebut, beliau memperihalkan tentang guru yang berinovasi. Beliua telah mencirikan guru berinovasi ini kepada beberapa perkara. Antaranya ialah gruru berinovasi mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Banyak cabaran yang ditempuhi oleh generasi muda terutamanya pada era globalisasi ini. Sudah sepatuntnya guru harus mampu untuk menyediakan murid-murid agar mereka dapat mengharungi arus globalisasi ini. Menurut Perkins (Hamdan Said& Nasrudi Taib, 2000) arus globalisasi yang melanda akan mengubah hampir keseluruhan cara hidup baik dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun budaya sehingga dunia yang begitu besar telah bertukar menjadi sebuah perkampungan kecil yang dipanggil yang global village dan akibatnya kita telah menjadi satu masyarakat dunia. Ini menunjukkan bahawa murid-murid perlu mampu melepasi satu  landasan di mana membolehkan mereka ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan masyarakat dunia. Tidak dinafikan bahawa wujudnya kelebihan pada pelajar-pelajar yang berada di negara-negara maju khususnya. 

            Ciri kedua, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan yang lebih berkesan. Pada pandangan saya, guru yang berinovasi ini adalah individu yang tidak  senang dengankeadaan berada di zon selesa. Mereka akan sentiasa untuk mencari alternatif baru dnegan cara mempelbagaikan kaedah dan aktiviti dalam bilik rajah mereka. Ini memerlukan kerajinan dan motivasi yang tinggi. Guru yang sudah lama mengajar selalunya akan menggunakan kaedah yang sama dan mereka akan berada pada zon selesa dan pada tahap ini perubahan adalah satu yang sukar untuk dilakukan. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah,memetik pada artikel yang bertajuk ‘Guru sebagai agen transformasi dalam inovasi kurikulum’ yang diterbitkan oleh Universiti Malaysia Sabah (2012), yang mengatakan kesukaran untuk melakukan transformasi adalah kerana faktor inersia iaitu guru sudah berasa selesa dan berpuashati dengan apa yang sedang dialami, justeru itu mereka tidak ingin berubah. Terdapat juga Anugerah Guru Inovasi yang diwujudkan sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang telah menghasilkan usaha kreatif dan inovatif yang telah terbukti berjaya dalam meningkatkan profesionalisme keguruan dan menjamin keberkesanan pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.Antara pemenang anugerah ini adalah Encik Shahril Bin Othman dari SK Maran. Inovasi yang telah beliau hasilkan adalah ‘Pengiraan Menggunakan Kaedah 123 BOX’. Inovasi yang telah beliau lakukan ini dapat dilihat di laman blog persendirian beliau. Dengan wujudnya anugerah seumpama ini menunjukkan usaha guru-guru Malaysia untuk sentiasa memperbaharui dan  memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mereka. Mungkin terdapat beribu-ribu guru yang melakukan inovasi dalam bilik darjah mereka.


            Ciri lain yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin adalah memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata. Dengan erti kata lain, pengajaran guru tidak seharusnya  berorientasikan peperiksaan. Namun realitinya kebanyakkan sekolah yang berorientasikan peperiksaan. Ini kerana desakan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.  Ini menyebabkan guru-guru menerima bebanan tugasan yang amat berat dan menerima takanan menghabiskan sukatan yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan tiada ruang kepada guru untuk membuat eksplorasi kepada kaedah yang lain-lain. Di sinilah bermulanya tittik permulaan dimana pelajar hanya menghafal dan bukan memahami dengan sutuhnya setiap bait-bait perkataan yang dipelajari mereka.   Dari pengalaman peribadi saya, kebanyakkan masa apa yang diajarkan di sekolah saya tidak dapat kaitkan dengan dunia nyata. Misalnya, saya tidak dapat menegerti mengapa saya perlu mempelahari matematik yang sukar seperti statistik. Hanya ketika dewasa baru saya dapat mengaplikasikan perkara-perkara yang saya pelajari 10 tahun yang dahulu. Meskipun begitu, guru harus dapat mendedahkan kepada murid tentang kaitan ilmu yang pelajari di dalam kelas dengan dunia nyata misalnya. Misalnya, dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah dengan masalah yang menyerupai situasi sebenar. guru tidak seharusnya sekadar menyampaikan apa yang terdapat di dalam buku teks.
Persekitaran bilik darjah yang kondusif adalah sangat penting bagi memastikan murid dapat belajar dengan selesa dan selamat. Oleh itu, guru yang berinovasi mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir. Menurut Mok Soon Sang (2009) persekitaran pembelajaran yang kondusif terbahagi kepada dua komponen. Komponen-komponen tersebuta adalah komponen fizikal dan komponen psiko sosial. Komponen fizikal meliputi semua keadaan fizikal seperti fizikal bilik darjah, bahan-bahan pelajaran, kemudahan dalam persekitaran. Manakala komponen psiko sosial meliputi keselamatan, kesihatan,kemesaraan, keceriaan, kawalan disiplin, dan lain unsur kemanusiaan. Seorang guru yang berkualiti seharusnya merupakan seorang pengurus bilik darjah yang baik. Oleh itu, seorang guru ini menitikberatkan dua komponen ini dalam pengurusan bilik darjahnya. Ini kerana menurut teori keperluan Maslow (Mok Soon Sang, 2008) keperluan asas dan keperluan keselamatan, kasih sayang dan  penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia menceburi diri dalam hirarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Ini bermakna keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi. Maka, untuk menjadi seorang guru yang berinovasi seorang guru itu haruslah dapat memenuhi kerperluan murid seperti yang dinyatakan dalam komponen fizikal seperti fizikal bilik darjah dan membina hubungan yang mesra dengan cara memenuhi keperluan yang dinyatakan di dalam komponen psiko sosial kemesraan dan keceriaan. Sekiranya wujud satu dinamika hubungan yang harmoni antara guru dan pelajar maka komunikasi dua hala yang berkesan dapat diwujudkan. Murid lebih senang untuk menyatakan pendapat dan pandangan mereka serta lebih mudah untuk melibatkan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Ini seperti yang dikatakan oleh Anderson (1989) iaitu pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah tingkah laku yang dapat menghasilkan penglibatan yang maksimum pelajar dalam aktiviti pembelajaran.


            Tambahan pula, pada pandangan saya sekiranya seorang guru mampu menjadi seorang pengurus bilik darjah yang baik dia merupakan seorang guru yang hebat. Ini kerana, guru harus mengharungi pelbagai cabaran ketika ingin menguruskan kelas. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru adalah kesukaran untuk menyediakan persekitaran fizikal yang kondusif diakibatkan oleh kekurangan bilik darjah serta kekurangan pada prasarana yang disediakan. Mengikutr laporan utusan online yang bertajuk ‘Masalah kekurangan bilik darjah selesai tahun depan’ masih terdapat sekolah-sekolah yang perlu menjalankan dua sesi kerana kekurangan bilik darjah. Ini bermakna murid-murid terpaksa berkongsi bilik darjah mereka. Keadaan ini akan mengakibatkan keceriaan kelas susah untuk dikekalkan. Selain itu, terdapat juga masalah kerosakkan yang berlaku di dalam kelas. Kerosakkan ini boleh menyebabkan kecederaan kepada pelajar. Seperti yang dilaporkan oleh KL Pos di laman web rasminya, siling di beberapa buah kelas di SJKT Serdang runtuh diakbatkan oleh masalah pendawaian, kebocoran atap dan juga serangan anai-anai. Manakala dari segi psiko sosial pula masalah seperti kepelbagaian udaya yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah juga menjadi penghalang untuk mewujudkan satu hubungan yang harmoni. Bahasa mungkin menjadi punca kepada masalah. Banyak lagi cabaran yang mungkin di hadapi oleh guru dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Sekiranya seseorang guru itu mampu menghadapi serta melepasi cabaran ini dan berjaya mengahsilkan produktiviti yang maksimum dari pelajarnya seudah sewajarnya dia wajar di panggil guru yang berkualiti.


            Guru ini bersifat all-rounded di mana seprti yang diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru berinovatif ini guru yang sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yangdipelajari de sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata. Apa yang dapat saya simpulkan dari penyataan ini adalah guru berinovatif adalah guru yang mampu untuk berfikir satu langkah ke hadapan. Pada pandangan saya guru seumpama ini bukan sahaja mengajarkan tentang ilmu yang tersurat di dalam kurikulum semata-mata, ia mengajarkan tentang kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan. Guru seumpama ini juga snetiasa mengubah kaedah pengajarannya mengikut peredaran masa. Contohnya pada masa sekarang, teknologi adalah salah satu aspek yang tidak dapat dipasahkan dalam kehidupan. Seperti yang dikatakan oleh Mahathir Mohamad (Hamdan Said & Nasrudi Taib, 2000)Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat atau infotek mengubah cara manusia berkomunikasi, berurusniaga dan cara kita melihat dunia ini. Oleh itu, sekiranya guru tersebut adalah seorang penginovasi ini pasti guru tersebuta akan melengkapkan pelajarnya dengan kemahiran teknologi. Tambahan pula, mengikut Wan Mohd Zahid Nordin (Hamdan Said & Nasrudi Taib, 2000) bentuk pendidikan untuk generasi baru perlu bersifat global bagi membentuk sikap yang lebih terbuka dengan visi yang lebih meluas melalui keupayaan berfikiran kritikal, inovatif, reflektif dan mempunyai ketrampilan yangdiperlukan bagi membolehkan mereka menyertai dengan berkesan arus globalisasi dunia.


Dalam artikel tersebut turut mengatakan bahawa guru yang berinovasi mampu untuk mampu melahirkan insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketerampilan akan tercapai. Sememangnya saya bersetuju dengan penyataan ini kerana guru yang berinovasi adalah guru yang bermotivasi tinggi. Tidaklah motivasi intrinsik ataupun ekstrinsik, guru berinovasi adalah guru yang akan melakukan tugasnya yang bersungguh-sungguh kerana dorongan yang diterima dalam dirinya sendiri. Jika tugas yang dilakukan dengan hati yang rela pasti hasil yang berkualiti dapat diharapkan. Sekiranya kesemua perkara yang  dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu ada pada seorang guru maka pelajar-pelajar yang dihasilkan pasti menjadi modal insan contoh.


            Selain menyentuh tentang perkara-perkara yang menjadikan seorang guru yang berinovasi artikel tersebut turut menyatakan tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran dalam meningkatkan budaya inovasi di kalangan murid. Antaranya adalah perangkaan Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovasi dengan kerjasama Kementerian Pengajian tinggi dan juga program i-Think yang dijalankan atas kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malasysia dengan Agensi Inovasi Malasysia. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Tan Seri Mohamed Khaled Nordin ( Borneo Post Online, 2011) Pelan Tindakan Pembangunan Insan Inovasi bertujuan mengurangkan jurang inovasi sedia ada sekaligus melahirkan lebih ramai modal insan berpengetahuan tinggi. Usaha kerajaan mementingkan inovasi ini adalah kerana kerajaan ingin menjayakan ekonomi yang berasakan inovasi kearah negara berpendapatan tinggi. Saya amat menyokong usaha kerajaan dalam ingin membudayakan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Jikadilihat dari sudut profesin perguruan, sekiranya inovasi ini menjadi satu budaya dalam kalangan pelajar maka ia akan menjadi satu pendorong kepada guru-guru untuk sentoasa melakukan trasnformasi kepada profesion mereka. Tambahan pula, budaya inovasi ini juga dapat mendorong guru memperbaiki aspek yang masih kekurangan. Contohnya, menurut Mahzan Arshad (2004)  daripada jumlah 466 pendidik,dan didapati sebanyak 50% daripada jumlah tersebut yang membaca kurang dari sepuluh jam seminggu. Golongan pendidik sekurang-kurangnya perlu menggunakan lebihdua jam sehari bagi kegiatan membaca yang produktif. Oleh itu jika inovasi menjadi budaya dikalangan pendidik,maka guru-guru akan meningkatkan minat membaca mereka bagi mingkatkan pengetahuan mereka.


            Program i-Think pula adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan berinovatif. Program ini dilaksanakan kerana melalui kajian keperluan yang dijalankan menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Sekolah dan guru menjadi agen perlaksana bagi progaram ini. Sebagai agen perlaksana, guru sendiri harus melebihi kemahrian berfikir murid-murid. Oleh itu, guru harus melengkapkan diri dengan pengetahuan baru agar tidak ketinggalan.

            Rumusan yang dapat saya buat dari artikel ini adalah inovasi adalah nilai yang penting yang perlu ada dalam diri setiap guru khususnya guru-guru pada zaman tenknologi ini. Inovasi inilah yang membezakan antara guru yang baik dengan guru yang cemerlang. Murid-murid dan pelajar-pelajar pada era kini boleh dikatakan lebih maju daripada guru-guru mereka. Dimana segala maklumat yang mereka inginkan berada di hujung jari. Guru harus mampu menandingi kepantasan ini. Perasaan ingin tahu mereka juga lebih daripada generasi yang terdahulu. Oleh itu kaedah mengajar ‘chalk and talk’  tidak relevan untuk digunakan lagi. Penggunaan teknologi maklumat adalah syarat wajib digunakan di dalam pengajaran guru. Alasan tidak mempunyai pengetahuan tentang teknologi sememangnya tidak boleh digunakan. Kerajaan telah menyediakan prasarana serta menganjurkan banyak kursus bagi menangani masalah buta IT ini. Selain itu, untuk menjana inovasi guru harus perlu mnenilai kemampuan dari segi kekuatan dan kelemahan pelajarnya. Dari situ barulah guru mempunyai satu landasan untuk menjalankan inovasi. Ini kerana, produk yang dihasilkan guru hendaklah menepati kehendak klien iaitu pelajar. Tambahan pula, latar belakang demografi guru yang berbeza, lokasi sekolah, keupayaan dan kemampuan guru dari segi motivasi, sikap pengetahuan dan kemahiran bakal menentukan tahap kesediaan guru dalam melaksanaka inovasi itu sendiri. Seperti yang diulaskan, inovasi hanya akan berlaku sekiranya guru itu menginginkan perubahan.Kajian-kajian sebelum ini banyak merumuskan bahawa hasil kerja, kompetensi guru dan cara guru bertindakbalas terhadap amalan pendidikan mereka akan lebih berkesan jika tahap motivasi mereka adalah tinggi. Akhir sekali, inovasi ini sebenarnya boleh dilakukan oleh semua warga pendidik. Cuma yang membezakanya sama ada yang terlihat dan diiktiraf ataupun yang tidak terlihat dan tidak diiktiraf.



Refleksi Pendidikan Jadi Perisai Paling Berkesan


Refleksi : Pendidikan Jadi Perisai Paling Berkesa.
Oleh : Siful Mujahid Bin Ismail

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya memberi saya ruang dan masa untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek (KKP) ini. Projek ini adalah salah satu tugasan dalam mata pelajaran Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU3108 yang dibimbing oleh pensyarah saya iaitu En Ranjit Singh A/L Malakiat . Bagi semester ini saya telah diamanahkan untuk menghasilkan tugasan yang berkaitan dengan isu keguruan secara individu.

Pada mulanya saya mendapat tugasan ini, terlintas dihati saya bahawa tugasan ini agak menarik dan mencabar. Ternyata setelah saya alaminya ketika menyiapkan tugasan ini pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru tentang pendemokrasian pendidikan telah dapat saya terokai. Pelbagai input yang baru telah saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini.

Setelah membuat sedikit perbincangan bersama rakan-rakan lain, saya pun mula mencari bahan-bahan melalui buku, laman web ilmiah dan sebagainya lagi. Selain itu juga saya meminta pandangan daripada pensyarah mengenai tajuk kursus ini.

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, pelbagai cabaran dan halangan yang saya tempuhi. Antaranya kekangan masa kerana menyiapkan draf untuk kajian tindakan yang perlu kami siapkan, dapatan maklumat serta lain-lain. Walaubagai manapun akhirnya tugasan ini dapat saya siapkan dengan bantuan dan bimbingan pensyarah serta kerjasama rakan sekelas.

            Akhirnya saya begitu puas hati setelah tugasan ini berjaya dilaksanakan walaupun terdapat beberapa kelemahan di dalamnya. Tapi hati kecil saya tidak lekang berbisik bahawa sebuah kejayaan itu adalah pengakhiran bagi kegagalan dengan syarat, usaha yang berterusan.  Saya juga berharap semoga melalui pengalaman serta pengetahuan baru saya ini dalam Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru ini, ia dapat memberikan manfaat kepada saya apabila berada di sekolah nanti. Mudah-mudahan ia juga mampu mematangkan lagi idea dan pemikiran saya kelak.
InsyaAllah.



Pendidikan Jadi Perisai Paling Berkesan


Tajuk Artikel : Pendidikan Jadi Perisai Paling Berkesan.
Oleh : Saiful Mujahid Bin Ismail

 Pengenalan 

   Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan  kita boleh menambah kemahiran serta kebolehan insan,  memperbaiki kedudukan sosio-ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan nilai akhlak.  Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara. 

   Hussein Haji Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan ketrampilan, penyalur kepercayaan dan sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan belia, remaja dan kanak-kanak,  dan perhubungan rakan sebaya.  Beliau juga membuat kesimpulan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980-an bermotif tiga perkara utama.  Pertamanya pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara.  Keduanya pendidikan sebagai asas perpaduan kaum.  Ketiganya pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.

    Negara sudah merdeka selama 55 tahun.  Negara telah mengalami banyak perubahan dalam sistem pendidikan. Bermula dari Penyata Pelajaran Razak (1956), ordinan pelajaran 1957, Laporan Abdul Rahman Talib (1960), akta Pelajaran (1961) dan laporan Kabinet (1979).  Hasilnya berlaku perkembangan dalam sistem pendidikan negara. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan berjalan secara terancang dan teratur. Banyak kemudahan–kemudahan pendidikan telah dibangunkan dan pendemokrasian pendidikan telah menjadi satu dari dasar sistem pendidikan di Malaysia. 

   Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses manakala pendidikan  bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan.  Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan.  Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar. Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan peluang seluasnya kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa mengira kelas sosial, kaum dan juga gender. Pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu strategi untuk mencapai misi pendidikan negara, telah mendedahkan masyarakat Malaysia kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat. Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku  semasa zaman penjajahan. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang yang sama apabila sekolah–sekolah dibezakan mengikut kaum, kelas atau status, kurikulum dan lokaliti.  Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga menyulitkan lagi penduduk miskin.  Oleh itu orang-orang miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika itu telah dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan.

   Selepas kemerdekaan kerajaan secara beransur-ansur telah mendemokrasikan pendidikan di Malaysia.   Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama untuk semua orang mendapatkan pendidikan. Ordinan Pelajaran 1957 misalnya, telah mencadangkan agar semua kanak-kanak  menerima pelajaran dalam tempoh sekurang-kurangnya enam tahun.  Sungguhpun begitu ianya tidak memberikan implikasi yang besar kerana pelajarnya masih lagi dikenakan bayaran yuran bagi mereka untuk mendapatkan pendidikan. 

   Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan Laporan Rahman  Talib semakin merealisasikan  pendemokrasian pendidikan.  Pendidikan percuma  telah diberikan kepada semua kanak-kanak  mulai tahun 1962.  Ini diikuti dengan had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun  dan penamatan syarat lulus peperiksaan untuk memasuki  sekolah menengah.  Baru-baru ini satu  peraturan baru terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 yang memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib.  Setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini wajib memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah.  Mereka yang melanggar peruntukan tersebut   boleh didenda.
 
   Seterusnya, pendidikan menengah member peluang untuk semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan  telah diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelas sosial, etnik,dan gender sekurang-kurang  sekurang-kurangnya hingga ke tingkatan tiga.  Mulai 1999, peluang bagi semua  pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah diperluaskan.  Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke tingkatan empat. Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan lima. Walaupun kerajaan mempunyai beberapa sebab berbuat demikian yang antaranya remaja yang gagal akan menganggur dan menimbulkan masalah yang lain kepada negara tetapi dari sudut lain kerajaan merasakan adalah tidak memadai ilmu yang diterima oleh pelajar berkenaan bagi menghadapi cabaran dunia yang akan datang.

   Selain dari itu bentuk bantuan-bantuan pendidikan lain diberikan oleh kerajaan bagi membuka peluang kepada mereka untuk mendapat hak pendidikan.  Salah satu  bentuk bantuan ialah dengan penubuhan   sekolah-sekolah  berasrama yang memudahkan pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak.   Selain dari itu, pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga telah banyak dibina bagi tujuan membuka peluang pendidikan . Pada masa ini terdapat puluhan buah sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan langsung Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesemua sekolah-sekolah yang berasrama penuh ini bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar untuk mendapatkan peluang pendidikan. 

   Sekolah Bestari adalah salah satu ‘flagship’ dalam Koridor Raya Multimedia.  Projek ini telah mendapat perhatian seluruh masyarakat kerana ia merupakan satu usaha menjadikan bidang pendidikan lebih maju dan berdaya saing.   Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya.  Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar lemah atau kuat , kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.

   Di samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah harian rendah dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa.  Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan. Untuk tujuan tersebut kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan.
 

   Pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan  yang kebanyakkannya datang dari luar bandar yang latar belakang ekonomi keluarganya rendah telah diberikan biasiswa kecil  atau bantuan kewangan bagi menampung urusan persekolahan mereka.  Selain dari itu, skim bantuan buku teks juga diberikan kepada pelajar yang pendapatan ibubapanya rendah. Pada masa ini syarat bagi mendapatkan hak untuk mendapat skim bantuan  teks adalah bagi ibubapa atau penjaga yang berpendapatan kurang dari Rm2000.00 sebulan dan syarat ini dikaji dan diubah mengikut kesesuaian atau keadaan ekonomi semasa.Kerajaan juga mengambil usaha memperbaiki keadaan murid-murid  terutamanya diluar bandar dengan menyediakan progran-program kesihatan, pemakanan ( Rancangan Makanan Tambahan ) dan lain-lain skim yang bertujuan supaya kanak-kanak berpeluang belajar dalam keadaan yang selesa.  Kemudahan–kemudahan yang disediakan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desa tetapi layanan yang sama diberikan kepada pelajar-pelajar miskin di bandar.  Selain dari itu pihak kerajaan juga menekan kepada mutu pendidikan bagi menjamin kelancaran pendemokrasian pendidikan di Malaysia. Setiap tahun peruntukan yang besar dikeluarkan bagi membaiki, membaikpulih, menaik taraf sekolah atau bilik-bilik darjah serta menyediakan kelengkapan dan kemudahan pembelajaran . Di bawah Rancangan Malaysia kelapan (RMK-8) Kementerian Pendidikan meluluskan 1,497 projek sekolah rendah dan menengah diseluruh negara dengan peruntukan RM6.2 billion.

   Kekurangan guru-guru  terlatih diluar Bandar telah diatasi dengan memperkembangkan sistem latihan perguruan.  Latihan perguruan telah dinaik tarafkan kepada peringkat diploma dan tempoh kursusnya selama tiga tahun.  Pengeluaran guru yang mencukupi telah menjamin proses pendemokrasian pendidikan berjalan dengan lancar.  Setiap sekolah akan mendapat guru yang terdiri dari pelbagai opsyen yang akan memenuhi pemintaan atau keperluan pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu walaupun sekolah tersebut terletak diluar bandar atau kawasan pendalaman. Maktab-maktab ini bukan sahaja mengeluarkan guru-guru biasa, malahan menyediakan guru-guru pendidikan khas bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah pendidikan khas.  Sehingga kini terdapat lebih tiga puluh buah maktab yang bertanggung jawab melatih guru-guru pelatih bagi menenuhi kehendak pendidikan di Malaysia. 

   Bagi guru berijazah, mereka dilatih di universiti-universiti awam bagi mengajar di sekolah-sekolah menengah.  Di samping itu terdapat pula program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah bagi melatih graduan-graduan  yang bukan dari bidang perguruan untuk menjadi guru bagi menjamin bekalan  guru yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan di Malaysia.  Seterusnya  sebuah Universiti pendidikan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dinaikan statusnya dari status asalnya Institut  Pendidikan sultan Idris khusus  untuk perkembangan bidang latihan keguruan. Dengan perlaksanaan akta Pendidikan 1996, berkemungkinan besar pada masa akan datang guru-guru berijazah akan menerima latihan terus di maktab-maktab perguruan.

Dibidang–bidang pengajian tinggi, peluang-peluang pendidikan telah dibuka dengan luas selepas kemerdekaan dengan penubuhan unniversiti-universiti .  Institusi-institusi pengajian tinggi yang awal ialah Universiti Malaya di Kuala Lumpur (1961), disusuli oleh Institut Teknologi Mara (1967), Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970), Universiti Pertanian Malaysia(1971)  dan Universiti Teknologi Malaysia (1975). Pada masa ini terdapat lebih banyak universiti awam yang telah dibina termasuklah Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris  Universiti –universiti awam tempatan telah menampung lulusan-lulusan sekolah terutamanya daripada aliran Melayu.  Malahan mulai tahun 1983 semua institusi yang terdapat dalam negara telah menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia.


   Pada tahun-tahun 1990an kerajaan Malaysia telah menjalankan dasar liberalisasi pendidikan .  Ianya telah membawa perubahan besar dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Pada dekad ini beberapa perubahan telah dilakukan . Usaha telah giat dilakukan untuk memperkembangkan dan memajukan sistem pendidikan  negara. 
Melalui akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan institusi-instutisi pendidikan tinggi  yang mana kebenaran telah diberikan kepada pihak-pihak yang berkelayakan bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi. Dalam tahun 1999 sahaja, tiga kolej universiti atau universiti penuh diwujudkan iaitu Kolej Universiti Islam Malaysia(Kuim), Universiti Teknologi Mara (UiTM),  Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM).  Disamping itu kebenaran juga telah diberikan kepada pihak yang berkelayakan untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi swasta yang antaranya seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dan yang terbaru Universiti Tunku Abdul Rahman. Ini satu perkembangan yang baik dalam usaha kita menyemarakan ilmu pengetahuan  dan mendemokrasikan pendidikan.
 
   Kerajaan juga mengalakkan program pengajian berkembar dengan institusi-institusi luar negara bagi kolej-kolej swasta.  Terdapat juga universiti-universiti tempatan yang menjalankan program pendidikan jarak jauh dan francais . Sebilangan universiti awam sudah mencapai enrolmen melebihi 20,000 pelajar sepenuh masa manakala dengan penubuhan intitusi pendidikan tinggi swasta telah mempunyai enrolmen melebihi 200,000. 

   Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memantau sekolah luar bandar dan pendalaman dari masa ke semasa bagi menjamin pendemokrasian Pendidikan di Malaysia berjalan dengan lancar. Kemudahan pendidikan diantara kawasan maju dan mundur seharusnya tiada jurang yang ketara.  Ini merujuk terutamanya kepada mutu persekitaran sekolah, alat kelengkapan dan guru di kawasan-kawasan kampung, ladang-ladang, setinggan, pendalaman (Orang Asli) dan seterusnya. 
Pembelaan dan bantuan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang terpinggir dari sistem pendidikan akibat dari kemiskinan.  Ini akan menjamin mereka supaya dapat bersaing dalam satu sistem pendididkan yang adil pada dirinya dan masyarakatnya.  Setiap aduan dan rungutan yang menyentuh mengenai pendidikan dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi haruslah diambil berat dan langkah-langkah tertentu harus diambil untuk menanginya pada semua peringkat supaya kita pada akhirnya mempunyai satu sistem pendidikan yang cukup sihat dari semua segi.   Usaha yang berterusan bagi memajukan pendidikan perlu diberi perhatian bagi meningkatkan mutu pendidikan supaya kita semua dapat berbangga bahawa kita telah dapat mengamalkan pendemokrasian pendidikan dalam ertikata yang sebenarnya.





Cabaran Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia: Ekuiti dan Kualiti

Cabaran besar kepada sistem pendidikan negara sekarang ialah untuk merealisasikan dasar pendemokrasian pendidikan bukan sahaja daripada aspek ekuiti, tetapi juga kualiti kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang, status sosioekonomi, lokasi dan etnik. Penekanan kepada aspek ekuiti dan kualiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan institusi pendidikan kini akan menjadi kriteria utama kepada kejayaan pendemokrasian pendidikan keseluruhannya (KPM, 2001). Rajah 2 menjelaskan kriteria-kriteria utama bagi mencapai matlamat pembangunan sistem pendidikan, termasuk penerusan dasar demokrasi pendidikan.

Pelaksanaan dasar pendemokrasian peringkat pendidikan asas juga telah  dilaksanakan menerusi aspek perundangan dengan pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 dipinda untuk menguatkuasakan Pendidikan Wajib di peringkat asas. Pelaksanaan Pendidikan Wajib yang dilaksanakan mulai 2003 bertujuan untuk memastikan penyertaan 100 peratus kanak-kanak peringkat umur enam tahun ke atas hingga sebelas tahun ke atas mendapat pendidikan as as yang sempuma. Langkah ini dilakukan dalam usaha meningkatkan akses kohort persekolahan dan mengelakkan berlaku keciciran di peringkat pendidikan asas.

Statistik pada tahun 2000 (KPM, 2001) menunjukkan 97 peratus kanak-kanak berumur enam tahun ke atas mendaftar di sekolah rendah seluruh negara. Angka ini membuktikanBahawa dasar pendemokrasian pendidikan asas dari segi aksesibiliti telah hampir dicapai. Walau bagaimanapun, dari aspek ekuiti dan kualiti, masih terdapat jurang yang luas antara bandar dan luar bandar, khususnya dari sudut pencapaian pelajar (RMKe-8). Persoalan ini sering dikaitkan dengan masalah kekurangan input pendidikan yang berkualiti di luar bandar.

Namun demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan aksesibiliti, ekuiti, kualiti dan kecekapan pengurusan pendidikan di luar bandar bagi mengurangkan jurang pencapaian pelajar antara bandar dan luar bandar (KPM, 2001). Usaha tersebut menjadi matlamat utama kerana pendidikan di Malaysia dan juga negara lain mampu meningkatkan mobiliti sosial dan merupakan agen pemodenan kepada masyarakat kurang beruntung di luar bandar (Inkeles, 1974; Psacharopoulos, 1977; Abd Rahim, 2002)

Menurut teori reproduksi sosial, keadaan tidak beruntung dalam satu generasi akan mewariskan keadaan tidak beruntung dalam generasi berikut. Dalam konteks ini, merujuk kepada Rajah 3 di atas, sekolah-sekolah kecil yang mempunyai prasarana yang serba berkurangan dari segi kuantiti dan kualiti boleh menjadi faktor institusi yang menyumbang ke arah pengekalan fenomena reproduksi sosial. Kawasan luar bandar menghadapi fenomena deprivasi sosial kerana tumpuan projek-projek pembangunan dan pembekalan prasarana sosial asas (elektrik, air, te1efon dan kesihatan) banyak berfokus di kawasan bandar. Justeru itu, kawasan luar bandar terpinggir daripada arus perubahan dan pemodenan. Pelajar yang tinggal di kawasan sedemikian kekal terpinggir dan besar kemungkinan akan menghadapi persekitaran yang lebih daif daripada pelajar-pelajar di bandar. Justeru, pelajar-pelajar sekolah kecil di luar bandar sedemikian akan lebih cenderung ke arah social reproduction (Bourdieu & Passeron, 1977) atau social deprivation (Rees, 1968) sekiranya tidak dilakukan intervensi polisi secara radikal yang inovatif dan berkesan.

Rees (1968) menjelaskan teori deprivasi merangkumi juga dimensi utama: educationally,culturally, socially disadvantaged. Manakala UNESCO (1990)  menjelaskan:
Educational disadvantage refers to the adverse situation experienced by a particular group of people in society whereby their access to (and enrolment in) school and/or non-formal education is affected in a negative way by socio-economic and cultural characteristics such as their gender, race, ethnicity, occupational status of family and geographic locations.

Walau bagaimanapun, mengikut hasil kajian Inkeles (1974) dengan pelaksanaan dasar intervensi yang terancang, tersusun dan berstrategik sebagai imbuhan kepada pelajar-pelajar kurang beruntung proses kitaran ganas terhadap masyarakat kurang beruntung akan dapat dikurangkan dan dig anti dengan proses mobilisasi sosial melalui pendidikan berkualiti yang boleh melahirkan perubahan nilai dan pemodenan masyarakat luar bandar. Secara perbandingan banyak analisis empirikal telah menunjukkan sekolah-sekolah di Negara-negara sedang membangun yang mempunyai kemudahan asas dan input pendidikan yang berkualiti memperlihatkan tahap pencapaian yang lebih baik berbanding sekolah yang tidak memiliki kemudahan asas yang sempuma (Marope,1996).

Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa tempoh pendidikan yang diterima oleh golongan petani di negara membangun mempengaruhi produktiviti mereka. Sebagai contoh, kajian Psacharopoulos dan Woodhall (1985) yang berdasarkan data Bank Dunia mendapati petani yang mendapat pendidikan lebih tinggi bijak menggunakan sumber seperti baja dan racun serangga berbanding petani yang kurang mendapat pendidikan. Secara umumnya Bank Dunia pada 1980 telah menggariskan beberapa strategi pelaburan dalam bidang pendidikan untuk meningkatkan peluang pendidikan yang sama rata di pelbagai peringkat kepada semua untuk memenuhi konsep pendemokrasian di dalam pendidikan seperti berikut:
Ø  Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang dewasasesuai dengan sumber yang ada. Dalamjangka masa panjang sistem pendidikanformal dan tak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan;
Ø  Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial, peluang pendidikan perlu disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status sosioekonomi;
Ø  Sistem pendidikan perlu euba meningkatkan keeekapan dalaman dalam pengurusan, pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan;
Ø  Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain; dan
Ø  Untuk memenuhi objektif di atas, negara-negara sedang membangun perlu membina dan mengekalkan kedudukan institusi untuk merekabentuk, menganalisis, mengurus dan menilai program untuk pendidikan dan latihan.
(World Bank, 1980, ms.10)

Refleksi Guru Penjana Transformasi Pendidikan

Refleksi Artikel : Guru Penjana Transformasi Pendidikan 
Oleh : Nurul Farhana Bt Faidzul Adzhar


         Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang telah banyak membantu sepanjang proses menyelesaikan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada dua orang ahli kumpulan saya iaitu Saiful Mujahid Bin Ismail dan Shakila Bt Adam Rafik Thiagarajah. Tanpa bantuan dan kerjasama yang baik, daripada mereka, sukar untuk saya menyelesaikan tugasan ini. Pelbagai informasi dan pengalaman baru telah saya peroleh sepanjang menyelesaikan tugasan ini. Tidak kurang juga dengan halangan-halangan yang terpaksa saya tempuh bagi memastikan tugasan ini dapat saya selesaikan pada masa yang ditetapkan dan paling utama, ia dapat diselesaikan dengan berkualiti. Tugasan ini memberi peluang baru kepada saya dan rakan-rakan untuk mengaplikasikan ilmu teknologi maklumat yang telah kami pelajari di dalam proses untuk membuat blog pendidikan kami. Saya yakin bahawa, penggunaan ICT di peringkat sekolah nanti mampu menarik minat murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 

            Setelah membuat pencarian di internet mengenai isu-isu keguruan, saya telah terpanggil untuk membuat analisis berkaitan isu yang saya kira sangat bersesuaian dengan seorang bakal guru seperti saya yang bertajuk ‘Guru Jana Transformasi Pendidikan’. Saya berasa bersemangat untuk menganalisis artikel ini kerana berminat dengan tajuk artikel ini. Berdasarkan analisis yang telah saya laksanakan, saya lebih memahami dengan tugas sebenar seorang guru. Saya merasakan tanggungjawab seorang guru sangat besar kerana gurulah yang bertindak sebagai agen penggerak dan juga agen perubahan ke atas sistem pendidikan Negara. Saya mula menyedari bahawa untuk menjadi seorang guru yang baik bukan hanya bergantung kepada peratusan murid yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan sahaja, bahkan kejayaan seorang guru juga terletak kepada berapa ramai modal insan berkualiti yang dapat dilahirkan oleh seorang guru itu.

Selain itu, saya juga menyedari bahawa sebagai pelaksana pendidikan, guru lah yang berperanan dari peringkat akar umbi untuk memberi kesedaran kepada murid dan ibu bapa tentang peluang pendidikan kepada mereka. Guru itu sendiri perlulah bersifat adil dalam menyampaikan ilmu kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang dan kelas sosial murid-murid. Pengajaran baru yang saya peroleh semasa menyelesaikan tugasan ini ialah, sekiranya seorang guru itu ikhlas dalam mendidik murid- murid tanpa sebarang perbezaan, nescaya murid-murid yang dihasilkan mampu menjadi insan yang baik tidak semestinya cemerlang di dalam aspek akademik tetapi juga mampu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan Negara.

            Saya telah mendapat azam baru untuk menjadi guru yang lebih baik pada masa akan datang dan mendidik anak-anak didik saya dengan penuh kasih dan rasa ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Saya juga akan memberi pendedahan kepada murid-murid saya tentang kepelbagaian ilmu pengetahuan bagi menyiapkan diri mereka ke arah globalisasi supaya mereka mempunyai penglaman-pengalaman baru yang tidak tertumpu kepada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja.

            Transformasi pendidikan ini juga diharap dapat melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama kerana lebih banyak peluang pendidikan didedahkan kepada pelajar pada hari ini. Sebagai seorang guru, saya akan memastikan setiap pelajar saya mendapat peluang pendidikan yang sama rata dan mereka mampu menjadi insan yang berjaya kelak. Saya juga akan memberi pendedahan kepada masyarakat di luar tentang peluang-peluang pendidikan yang disediakan pada hari ini. 

Guru Penjana Tranformasi Pendidikan.

Tajuk Artikel : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Oleh : Nurul Farhana Bt Faidzul Adzhar  


          Berdasarkan artikel yang telah saya analisis yang bertajuk Peranan Guru Jana Transformasi Pendidikan oleh Mohd Fadzly Bin Mohd Izab, dapat saya simpulkan bahawa tugas seorang guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan Negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr  Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.

Tunjang utama dalam pembangunan sumber manusia, berkait dengan sistem pendidikan Negara. Bagaimana sebuah Negara akan membangun sekiranya sumber manusia yang dihasilkan tidak berkualiti dan tidak mempunyai tahap pendidikan yang baik. Seperti yang dinyatakan di dalam Akta Pendidikan 1996, pendidikan itu sendiri bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sendiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. 

            Sehubungan dengan itu, tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara adalah sangat sesuai bagi pendapat saya kerana tanggungjawab guru itu sendiri yang bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada transformasi sistem pendidikan Negara dalam usaha melahirkan generasi yang berintelek dan mempunyai jati diri yang teguh. Tetapi bagaimanakah peranan guru untuk menjadi penjana kepada trasnformasi pendidikan Negara? Seperti yang dinyatakan di dalam artikel yang telah disebut tadi, Kementrerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Pendidikan itu sendiri bersifat dinamik dan sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa mengikut arus peredaran zaman. Jadi, Kementerian Pelajaran harus merangka dasar-dasar baru bagi memastikan sistem pendidikan Negara kita tidak ketinggalan jauh ke belakang dari Negara-negara moden yang lain. Pendemokrasian pendidikan dilihat merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha  untuk memantapkan sistem pendidikan di Negara kita kepada tahap yang lebih baik. Di sinilah peranan guru dilihat sangat penting bagi merealisasikan pendemokrasian pendidikan ini terutama kepada murid-murid dan pihak ibu bapa kerana gurulah yang  bertindak sebagai agen penghubung di anatara masyarakat dengan dunia pendidikan yang sebenar.

Menurut Ee Ah Meng (1997), pendidikan merupakan satu usaha sistematik yang disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya serta usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia manakala demokrasi pula diertikan sebagai kesamaan atau keserataan. Berdasarkan definisi yang diberikan ini, dapat dijelaskan bahawa konsep pendemokrasian pendidikan ialah suatu proses menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat secara total atau menyeluruh tanpa mengira aspek sosial sesuatu masyarakat dalam usaha untuk memperkembangkan potensi individu. Jelaslah di sini bahawa tidak seharusnya wujud diskriminasi berkaitan pendidikan bagi setiap individu dan masyarakat kerana peluang pendidikan harus diberikan secara total dan adil kepada setiap individu. Namun begitu, pendemokrasian pendidikan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dicapai kerana pada awalnya, sistem pendidikan di Negara kita sendiri bermula daripada sistem pendidikan penjajah yang diasaskan mengikut kumpulan-kumpulan suku kaum yang berpecah belah dari segi kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan.

Menurut Haris Md Jadi (1990), perkembangan pendidikan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan adalah mengikut corak demografinya sebagaimana yang dicerminkan oleh kumpulan-kumpulan etnik yang terdapat dalam masyarakat. Sebelum pendidikan sekular diperkenalkan, pendidikan orang-orang Melayu adalah berorientasikan keagamaan dan tumpuan adalah pada pengajaran al-Quran. Pada peringkat awal usaha British untuk memperkenalkan pendidikan telah mendapat tentangan daripada penduduk tempatan. Di Pulau Pinang misalnya, pada peringkat awal usaha ini diperkenalkan, telah mendapat tentangan yng hebat daripada masyarakat di Pulau Pinang kerana mereka beranggapan bahawa sistem pendidikan tersebut bertentangan dengan agama Islam. Hanya apabila rundingan dibuat, masyarakat setempat bersetuju apbila persetujuan di antara pihak British dibuat dengan berjanji untuk mengajar Al-Quran di sekolah.

Selain itu, matlamat pendidikan penjajah Inggeris adalah selaras dengan proses pemasyarakatan mereka. Mereka melatih golongan orang Melayu bukan sahaja secara terasing daripada masyarakat penjajah, tetapi juga daripada masyarakat kampungnya. Persekolahan penjajah telah memasyarakatkan orang Melayu ke dalam dua aliran yang berbeza dari segi nilai-nilai dan norma-norma masyarakat Melayu itu sendiri. Pertama, orang Melayu dari sekolah Inggeris yang mempunyai nilai-nilai dan bahasa yang asing daripada masyarakat tempatan dan kedua ialah orang Melayu dari sekolah Melayu yang terasing daripada masyarakatnya sendiri oleh kerana mereka telah dimasyarakatkan oleh penjajah British dengan nilai melayu mengikut tafsiran penjajah Inggeris itu sendiri tanpa mengambil kira nilai masyarakat Melayu yang sebenarnya. Bagi orang-orang bukan Melayu seperti Cina dan India pula, keadaan mereka lebih runcing dan inilah yang membawa kepada pemasalahan-pemasalahan politik pada hari ini. Orang bukan Melayu yang menghadiri sekolah Inggeris telah melalui kurikulum yang tidak berteraskan Tanah Melayu. Di sekolah, mereka menerima pendidikan yang berbeza dengan norma-norma dan nilai-nilai masyarakat tempatan menyebabkan mereka tidak dimasyarkatkan dengan nilai-nilai dan norma-norma masyarakat bukan tempatan.

Selapas Negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan yang baru mula diperkenalkan bagi mengubah sistem pendidikan yang diperkenalkan pada zaman penjajahan Inggeris yang tidak memenuhi keperluan dan kehendak Negara itu sepenuhnya. Secara perlahan-lahan, kerajaan mula menyepadukan sistem pedidikan Negara dan memberikan hak pendidikan yang sama rata kepada setiap kaum tanpa mengira latar belakang dan taraf sosial melalui reformasi pendidikan bermula dengan Penyata Razak (1956) bagi meningkatkan persepaduan antara kaum dan megelakkan perpecahan di kalangan kaum di Malaysia.  Beberapa perubahan dalam sistem pendidikan telah dilakukakan malalui Penyata Razak melalui penubuhan Jawatankuasa Pelajaran oleh Menteri Pelajaran pada waktu itu iaitu Y. B. Dato’ Tun Abdul Razak Hussein dan cadangan-cadangan yang disyorkan di dalam Penyata Razak ini telah dimaktubkan di dalam Ordinan Pelajaran 1957. Secara kesleuruhannya,

 Penyata Razak lebih tertumpu kepada usaha untuk memupuk perpaduan di kalangan kaum melalui pendidikan dan memberikan kesamarataan peluang pendidikan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Tujuan Penyata Razak seperti yang dinyatakan ialah bagi mengeratkan perpaduan kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu. Tujuan seterusnya ialah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Dengan menetapkan satu bahasa utama di setiap jenis sekolah di Malaysia, sekaligus dapat memupuk perpaduan di kalangan setiap kaum melalui satu sistem bahasa yang sama. Selain itu, tujuan Penyata Razak ialah bagi mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Setiap kaum harus diberi peluang pendidikan yang sama rata kerana setiap kaum berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira latar belakang dan status sosial sesuatu kaum tersebut. Seterusnya ialah menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif. Kemudahan pendidikan yang mencukupi sangat penting bagi melahirkan sumber manusia yang bertaraf tinggi. Bagaimana sumber manusia yang baik dapat dilahirkan sekiranya mereka diberi peluang pendidikan hanya dengan menggunakan kemudahan yang tidak berkualiti.

Selain itu, tujuan yang dilihat tidak kurang penting di dalam Penyata Razak ini ialah mewujudkan sistem pendidikan yang lebih cekap dan berkesan. Ini bermaksud, organisasi yang memegang tampuk kepimpinan itu sendiri seharusnya lebih cekap di dalam merangka dan melaksanakan pelan-pelan pendidikan di Negara ini bagi memastikan kualiti sistem pendidikan di Negara kita berada pada tahap yang berkualiti.

Selepas itu, Akta Pendidikan 1996 telah digubal sebagai lanjutan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang dilihat lebih memberi fokus kepada setiap aspek di dalam usaha untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaan berseuaian dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang bekualiti. Menurut Ibrahim Saad (1990), Akta Pendidikan ini merupakan kesinambungan kepada Penyata Razak yang menjadi asas kepada dasar pendidikan Negara kita di mana skop yang dinyatakan lebih jelas dan terperinci kepada lebih banyak aspek di dalam pendidikan. Selain itu, Akta Pendidikan yag digubal ini merupakan satu persediaan awal ke arah menghadapi cabaran pendidikan pada peringkat akan datang yang lebih mencabar dan memerlukan persaingan yang kuat bagi memastikan sistem pendidikan di Negara kita setaraf dengan Negara-negara lain.

Dilihat Akta Pendidikan ini lebih mementingkan kesamarataan hak dan peluang pendidikan kepada semua kelompok masyarakat tidak kira perbezaan kaum dan juga etnografi masyarakat tersebut. Ini terbukti apabila selain menjaga kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, bahasa ibunda iaitu Bahasa Cina dan Bahasa India turut tidak ketinggalan apabila pengajaran bahasa ibunda boleh dijalankan di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan apabila jumlah permintaan ibu bapa melebihi 15 orang jika didapati munasabah dan praktikal. Jelas di sini bahawa, bukan sahaja bahasa Melayu diberi keutamaan bahkan bahasa ibunda bagi kaum lain iaitu Bahasa Cina dan Bahasa India turut tidak ditindas. Bahkan, bahasa bagi kaum asli turut tidak terkecuali apabila ia turut boleh diajar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan apabila permintaan daripada ibu bapa melebihi daripada 15 orang dan apabila ia didapati munasabah dan praktikal.


Selain itu, kedudukan peluang pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas dilihat lebih jelas dan ternyata mereka juga diberi hak untuk menerima peluang pendidikan yang sama dengan murid-murid yang lain iaitu dengan membolehkan mengadakan pendidikan khas di sekolah-sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. Peluang pendidikan bagi murid berkeperluan khas seharusnya tidak dipandang remeh kerana mereka juga merupakan salah satu sumber pembangunana Negara.

Pendidikan awal kanak-kanak juga tidak dilupakan bagi membantu keluarga yang kurang berada untuk menghantar anak mereka mendapat pendidkan peringkat awal di peringkat tadika apabila adanya peruntukan yang membolehkan Menteri pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika selain mutu program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementeian Pendidikan.

Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan ini, walaupun lebih berfokus untuk menyepadukan kaum dan memupuk perpaduan, ia juga dilihat membawa kepada kesamarataan hak bagi setiap lapisan masyarakat untuk mendapat peluang pendidikan yang berkualiti. Berdasarkan apa yang dikupas berkaitan Akta Pendidikan di atas, dapat dilihat secara jelas bahawa setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan status sosial yang berbeza diberikan peluang yang sama untuk mendapat peluang pendidikan untuk memajukan diri serta menjadi sumber kepada pembangunan ekonomi Negara yang berkualiti.

Jika dilihat berdasarkan dasar pendidikan dan akta pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, proses transformasi pendidikan bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dari era selepas kemerdekaan lagi dasar-dasar pendidikan sering berubah dari masa ke semasa atau mengalami proses transfomasi selaras dengan perubahan zaman masa kini. Berbalik kepada tajuk artikel yang dinyatakan di atas iaitu ‘Guru Jana Traansformasi Negara, jelas menunjukkan bahawa peranan guru dan tanggungjawab guru itu sendiri sangat penting di dalam menjana transformasi pendidikan negara. Di dalam konsep pendemokrasian pendidikan ini juga, guru perlulah berdiri di barisan hadapan sebagai pemangkin kepada usaha untuk menjadikan sistem pendidikan di Negara kita sama rata kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Terdapat pelabagai isu dan cabaran di dalam usaha untuk memastikan pemdemokrasian pendidikan ini dapat dilaksanakan dan dicapai secara total dan berkesan. Selain melalui dasar-dasar kerajaan yang telah dilaksanakan dan melalui reformasi-reformasi pendidikan yang telah terlaksana, beberapa pendekatan juga telah diambil di dalam usaha untuk menjayakan dan memantapkan lagi pendemokrasian pendidikan ini. ‘Pendidikan Untuk Semua’ dilihat sebagai suatu pendekatan untuk memberi peluang pendidikan secara adil dan saksama dan sudah tentu tertumpu kepada masyarakat di kawasan luar Bandar serta kawasan-kawasan pedalaman Semenanjung serta Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan-kawasan yang dilihat sebagai kawasan miskin di bandar-bandar. Melalui aspek pendekatan Pendidikan Untuk Semua ini, pendemokrasian pendidikan memerlukan pengagihan kewangan dan sumber secara adil dan saksama dengan memberi penumpuan kepada kawasan-kawasan yang disebut tadi. Jelas di sini bahawa sistem pendidikan di Malaysia tidak pernah menindas dan mengabaikan mana-mana golongan masyarakat untuk mendapat peluang pendidikan yang berkualit. Seperti yang diketahui, kerajaan telah menyediakan pendidikan percuma bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Di dalam usaha pendemokrasian pendidikan ini, bantuan lain yang diberikan ialah seperti menyediakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua murid. Jika sebelum ini hanya golongan yang kurang berkemampuan sahaja diberikan bantuan pinjaman buku teks, tetapi pada hari ini setiap murid diberikan kemudahan yang sama kerana kerajaan beranggapan bahawa setiap murid berhak unutk mendapat kemudahan yang disediakan kerana pendidikan adalah untuk semua.

            Pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga dilihat salah satu usaha pendemokrasian pendidikan. Contohnya, pembinaan sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Cheras yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari golongan keluarga yang miskin di luar Bandar yang berpotensi untuk mendapat peluang pendidikan yang berkualiti. Kuota kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh diberikan kepada pelajar cemerlang yang berasal dari keluarga miskin bagi membela hak pelajar-pelajar ini untuk terus mendapat peluang pendidikan yang berkualiti walaupun berasal daripada keluarga yang miskin.

            Di sinilah peranan guru dilihat sangat penting untuk memberi semangat kepada murid-murid yang  datang daripada golongan keluarga yang miskin untuk terus menuntut ilmu dan tidak menjadikan isu kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak meneruskan usaha mereka di dalam bidang pendidikan. Guru juga seharusnya tidak bersifat memilih bulu iaitu kurang memberi tumpuan kepada murid-murid yang datang dari golongan miskin dan hanya memberi perhatian kepada murid-murid dari golongan atasan sahaja. Situasi sebegini akan menimbilkan rasa rendah diri kepada murid-murid tersebut dan hilang keyakinan diri sekaligus menyebabkan mereka tidak berminat untuk terus belajar.

            Pada pendapat saya juga, di dalam usaha menjana trasnformasi Negara, kebajikan orang asli juga harus tidak dilupakan kerana murid-murid dari golongan ini juga mampu untuk menjadi pemacu kepada pembangunan Negara. Kemajuan sistem pendidikan Negara kita harus lebih progresif dan mengutamakan kebajikan orang asli. Mereka juga seharusnya sama-sama merasai kesan transformasi sistem pendidikan Negara. Kemajuan di dalam sistem pendidikan juga harus sama-sama dirasai oleh murid dalam kalangan orang asli ini. Statistik awal tahun 2000 menunjukkan masih terdapat sekolah di kawasan pedalaman, terpencil dan pulau yang tidak mendapat kemudahan asas. Pada ketika itu, terdapat 20.6 peratus sekolah yang tidak mempunyai talian telefon, 86.6 peratus tiak mempunyai mesin faks, 7.3 peratus tidak mendapat bekalan elektrik dan 24.78 peratus tidak menerima bekalan air paip awam. Kekuarangan kemudahan insfrastrukutr sedikit sebanyak akan membawa kepada kemerosotan ke atas prestasi pelajar. Hal ini tiada kaitan dengan kecerdesan pelajar, tetapi lebih kepada corak hidup serta peluang yang terhidang kepada mereka. Secara keseluruhannya, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) pada tahun 2000 jelas menunjukkan prestasi akademik prestasi akademik murid luar bandar lebih rendah - dalam mata pelajaran Bahasa melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pencapaian murid bandar di atas tahap penguasaan minimum (A,B,C) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah 67.5 peratus berbanding murid luar bandar iaitu iaitu 51.9 peratus. Pencapaian yang sama ditunjukkan bagi mata pelajaran Matematik iaitu 80.5 peratus bagi murid bandar berbanding 72.7 peratus bagi murid luar bandar. Begitu juga bagi mata pelajaran Sains, pencapaian murid bandar ialah 81 peratus berbanding murid luar bandar cuma 75.9 peratus.. Di sinilah dilihat sejauh mana pendemokrasian pendidikan dapat dicapai dan tahap perubahan pendidikan masyarakat orang asli.. Jurang pendidikan di antara masyarakat orang asli dengan masyarakat Bandar dilihat sangat jauh berdasarkan statisitik yang dinyatakan tadi. Namun begitu, semakin lama jurang perbezaan di antara masyarakat orang asli dan masyarakat Bandar dilihat semakin berkurang kerana pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan tahap pendidikan orang asli pada hari ini.

Contohnya melalui Pelan Trasnformasi Pendidikan Orang Ali yang telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhiyiddin Yassin telah menggariskan tujuh inisiatif baru bagi mengarusperdanakan masyarakat orang asli seiring dengan kemajuan yang sedang dialami di Malaysia pada hari ini. Pertama, memantapkan pentadibiran sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid dari kalangan orang asli bermula di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian di mana kualiti kepimpinan dan pengurusan di semua peringkat akan dipertingkatkan dengan memastikan segala isu dan pemasalahan yang dihadapi anak-anak orang asli dapat diselesaikan segera. Kedua, memasukkan elemen Pendidikan Vokasional di peringkat menengah rendah di semua sekolah menengah harian yang menjadi tumpuan masyarakat orang asli dengan pelbagai kemahiran sebagai persiapan sebelum memasuki alam pekerjaan. Dengan mewujudkan elemen vokasional ini dilihat mampu membantu murid-murid yang kurang cemcerlang di dalam pendidikan untuk meneruskan pengajian mereka ke arah bidang kemahiran. Ini membantu murid-murid orang asli untuk meningkatkan potensi diri mereka walaupun tidak cemerlang di dalam bidang akademik. Seterusnya ialah mengurangkan kadar keciciran orang asli ke sekolah sebanyak enam peratus setiap tahun mulai tahun 2013 dan bagi meningkatkan pencapaian prestasi sekolah-sekolah yang menjadi tumpuan masyarakat orang asli, Kementerian Pelajaran telah merangka program-program yang bersesuian seperti Kelas Bimbingsn Khas, Program Peningkatan Kadar Literasi dan Numerasi (LINUS) dan sebagainya. Selain itu, mempertingkatkan pengambilan pelajar-pelajar bagi Program Khas Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Afzan, Kuala Lipis mengikut keperluan semasa. Sehubungan itu, PISMP bagi orang asli akan dilaksanakan pada bulan Julai 2012 dengan pengambilan permulaan seramai 25 orang pelajar. Akhir sekali ialah menambahbaik kemudahan insfrastruktur dan prasarana pendidikan orang asli menerusi penambahan sebanyak empat buah Sekolah Model Khas Komprehansif K9 di perak, Selangor, Johor dan Pahang bermula tahun 2013. Kerajaan juga akan terus meneliti keperluan pembinaan sekolah baru di kawasan-kawasan penempatan orang asli yang mempunyai ramai penduduk. Seterusnya, sebanyak empat buah asrama berpusat akan dinaiktaraf mulai tahun 2013 bagi kemudahan dan keselesaan murid-murid orang asli selain usaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti pengangkutan bas dan kenderaan pacuan empat roda bagi memastikan mereka dapat menjalani pelbagai aktiviti persekolahan dengan lebih berkesan.

Berdasarkan usaha-usaha yang dijalankan di atas, dapat kita lihat bahawa pendidikan orang asli juga sedang mengalami proses transformasi atau pembaharuan. Mereka diberi pelbagai bantuan dan intensif bagi memastikan kemajuan sistem pendidikan Negara dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kawasan etnografi atau taraf sosial. Guru-guru novis juga harus bersifat lebih terbuka dan bersedia untuk menabur bakti mendidik murid-murid dari golongan orang asli ini tanpa sebarang rasa paksaan. Keikhlasan seorang guru dalam mendidik anak bangsa itu dapat dilihat berdasarkan cara dan bagaimana kaedah yang digunakan di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru yang ikhlas dalam mendidik akan berusaha menggunakan pelbagai kaedah yang menarik bagi memastikan ilmu yang cuba disampaikan kepada murid dapat difahami dengan jelas tanpa mengira status sosial atau kaum. Selain itu, penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak juga membuktikan bahawa bidang pendidikan, guru-guru dan murid-murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan serta menjadi agenda semasa kerajaan. Penstrukturan semula ini juga sedikit sebanyak dapat memberi semangat baru kepada guru-guru di kawasan pedalaman untuk terus memberi berkhidmat dengan lebih berdedikasi.

Sasaran kerja Utama Pendidikan Malaysia telah melatakkan isu pendemokrasian pendidikan sebagai prioriti utama di dalam usaha untuk memantapkan Pelan Tindakan Sasaran 1996 di  semua peringakat pengoperasian iaitu di keseluruhan peringkat organisasi pendidikan, kementerian, jabatan-jabatan pendidikan, pejabat pendidikan daerah dan sekolah-sekolah. Jelas menunjiukkan di sini bahawa pendemokrasian pendidikan adalah tanggungjawab bersama dan menjadi keutamaan kepada pelaksana pendidikan untuk memastikan pendemokrasian pendidikan ini dapat dicapai sepenuhnya.

Jika dilihat secara meluas, dapat saya simpulkan bahawa pendemokrasian pendidikan sangat penting di dalam usaha untuk menjana transformasi pendidikan. Pendemokrasian pendidikan  ini membawa kepentingan kepada pelbagai lapisan masyarakat kerana melalui pendemokrasian pendidikan ini, setiap lapisan masyarakat mempunyai hak untuk mendapat peluang pendidikan yang sama rata. Setiap lapisan masyarakat berpeluang untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka kerana pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan kualiti dan peluang pendidikan pada hari ini. Dari segi masyarakat, isu pendemokrasian ini sangat penting kepada mereka kerana mereka lebih berpeluang untuk mengetahui peluang-peluang pendidikan yang disediakan seklaigus menimbulkan minat mereka terhadapt pendidikan anak-anak mereka. Masyarakat umumlah yang menjadi penyumbang terhadap maklum balas kepada sistem pendidikan pada masa kini.

Selain itu, bagi kalangan pelaksana pendidikan iaitu guru-guru pula, perlualah berperanan dengan lebih meluas lagi dalam usaha untuk menjana transformasi pendidikan kerana gurulah yang menjadi tunjang utama serta penggerak utama dalam menjana transformasi pendidikan Negara kerana guru dilihat sebagai agen perubahan utama selain berfungsi sebagai penyampai ilmu, jentera sosial, penyubur perpaduan serta pembangun sahsiah modal insan. Guru juga perlu memahami dengan lebih mendalam tentang isu atau konsep pendemokrasian pendidikan kerana golongan guru lah yang beritndak dari akar umbi untuk memebri peluang pendidikan yang sama rata kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang. Walaupun guru-guru terpaksa ditugaskan di kawasan pedalaman contohnya, mereka seharunya bersikap positif dan sanggup menyampaikan ilmu secara adil kepada setiap murid di kawasan tersebut tanpa mengira satus sosial serta latar belakang murid tersebut.