Tajuk Artikel : Pendidikan Jadi Perisai Paling Berkesan.
Oleh : Saiful Mujahid Bin Ismail
Pengenalan
Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan kita boleh menambah kemahiran serta kebolehan insan, memperbaiki kedudukan sosio-ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan nilai akhlak. Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara.
Hussein Haji Ahmad (1993) telah
menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan iaitu seperti sebagai penyalur
budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan ketrampilan, penyalur kepercayaan dan
sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan belia, remaja dan
kanak-kanak, dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga membuat
kesimpulan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980-an
bermotif tiga perkara utama. Pertamanya pendidikan untuk menyediakan
tenaga kerja negara. Keduanya pendidikan sebagai asas perpaduan
kaum. Ketiganya pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan
rakyat berbilang kaum.
Negara sudah merdeka selama 55 tahun.
Negara telah mengalami banyak perubahan dalam sistem pendidikan. Bermula dari
Penyata Pelajaran Razak (1956), ordinan pelajaran 1957, Laporan Abdul Rahman
Talib (1960), akta Pelajaran (1961) dan laporan Kabinet (1979). Hasilnya
berlaku perkembangan dalam sistem pendidikan negara. Perkembangan yang berlaku
dalam sistem pendidikan berjalan secara terancang dan teratur. Banyak
kemudahan–kemudahan pendidikan telah dibangunkan dan pendemokrasian pendidikan
telah menjadi satu dari dasar sistem pendidikan di Malaysia.
Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar. Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan peluang seluasnya kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa mengira kelas sosial, kaum dan juga gender. Pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu strategi untuk mencapai misi pendidikan negara, telah mendedahkan masyarakat Malaysia kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat. Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku semasa zaman penjajahan. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang yang sama apabila sekolah–sekolah dibezakan mengikut kaum, kelas atau status, kurikulum dan lokaliti. Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga menyulitkan lagi penduduk miskin. Oleh itu orang-orang miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika itu telah dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan.
Selepas kemerdekaan kerajaan secara beransur-ansur telah mendemokrasikan pendidikan di Malaysia. Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama untuk semua orang mendapatkan pendidikan. Ordinan Pelajaran 1957 misalnya, telah mencadangkan agar semua kanak-kanak menerima pelajaran dalam tempoh sekurang-kurangnya enam tahun. Sungguhpun begitu ianya tidak memberikan implikasi yang besar kerana pelajarnya masih lagi dikenakan bayaran yuran bagi mereka untuk mendapatkan pendidikan.
Akta Pelajaran
1961 yang berdasarkan Laporan Rahman Talib semakin merealisasikan
pendemokrasian pendidikan. Pendidikan percuma telah diberikan
kepada semua kanak-kanak mulai tahun 1962. Ini diikuti dengan had
umur belajar percuma hingga ke 15 tahun dan penamatan syarat lulus
peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah. Baru-baru ini
satu peraturan baru terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 yang
memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah sebagai
pendidikan wajib. Setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di
negara ini wajib memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari
pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah. Mereka
yang melanggar peruntukan tersebut
boleh didenda.
Seterusnya, pendidikan
menengah member peluang untuk semua kanak-kanak untuk mendapatkan
pendidikan telah diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira
kelas sosial, etnik,dan gender sekurang-kurang sekurang-kurangnya hingga
ke tingkatan tiga. Mulai 1999, peluang bagi semua pelajar untuk
memasuki tingkatan empat telah diperluaskan. Mereka yang hanya lulus satu
mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke tingkatan empat. Ini bagi memastikan
setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan lima.
Walaupun kerajaan mempunyai beberapa sebab berbuat demikian yang antaranya
remaja yang gagal akan menganggur dan menimbulkan masalah yang lain kepada
negara tetapi dari sudut lain kerajaan merasakan adalah tidak memadai ilmu yang
diterima oleh pelajar berkenaan bagi menghadapi cabaran dunia yang akan datang.
Selain dari itu
bentuk bantuan-bantuan pendidikan lain diberikan oleh kerajaan bagi membuka
peluang kepada mereka untuk mendapat hak pendidikan. Salah satu
bentuk bantuan ialah dengan penubuhan sekolah-sekolah
berasrama yang memudahkan pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu
berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos
yang banyak. Selain dari itu, pembinaan sekolah-sekolah berasrama
penuh juga telah banyak dibina bagi tujuan membuka peluang pendidikan . Pada
masa ini terdapat puluhan buah sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan
langsung Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesemua sekolah-sekolah yang
berasrama penuh ini bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar untuk
mendapatkan peluang pendidikan.
Sekolah Bestari adalah salah satu ‘flagship’ dalam Koridor Raya Multimedia. Projek ini telah mendapat perhatian seluruh masyarakat kerana ia merupakan satu usaha menjadikan bidang pendidikan lebih maju dan berdaya saing. Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar lemah atau kuat , kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.
Di samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah harian rendah dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa. Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan. Untuk tujuan tersebut kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan.
Pelajar-pelajar
yang miskin dan kurang berkemampuan yang kebanyakkannya datang dari luar
bandar yang latar belakang ekonomi keluarganya rendah telah diberikan biasiswa
kecil atau bantuan kewangan bagi menampung urusan persekolahan
mereka. Selain dari itu, skim bantuan buku teks juga diberikan kepada
pelajar yang pendapatan ibubapanya rendah. Pada masa ini syarat bagi
mendapatkan hak untuk mendapat skim bantuan teks adalah bagi ibubapa atau
penjaga yang berpendapatan kurang dari Rm2000.00 sebulan dan syarat ini dikaji
dan diubah mengikut kesesuaian atau keadaan ekonomi semasa.Kerajaan juga
mengambil usaha memperbaiki keadaan murid-murid terutamanya diluar bandar
dengan menyediakan progran-program kesihatan, pemakanan ( Rancangan Makanan
Tambahan ) dan lain-lain skim yang bertujuan supaya kanak-kanak berpeluang
belajar dalam keadaan yang selesa. Kemudahan–kemudahan yang disediakan
ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desa tetapi layanan yang sama
diberikan kepada pelajar-pelajar miskin di bandar. Selain dari itu pihak
kerajaan juga menekan kepada mutu pendidikan bagi menjamin kelancaran
pendemokrasian pendidikan di Malaysia. Setiap tahun peruntukan yang besar
dikeluarkan bagi membaiki, membaikpulih, menaik taraf sekolah atau bilik-bilik
darjah serta menyediakan kelengkapan dan kemudahan pembelajaran . Di bawah
Rancangan Malaysia kelapan (RMK-8) Kementerian Pendidikan meluluskan 1,497
projek sekolah rendah dan menengah diseluruh negara dengan peruntukan RM6.2
billion.
Kekurangan guru-guru terlatih diluar Bandar telah diatasi dengan memperkembangkan sistem latihan perguruan. Latihan perguruan telah dinaik tarafkan kepada peringkat diploma dan tempoh kursusnya selama tiga tahun. Pengeluaran guru yang mencukupi telah menjamin proses pendemokrasian pendidikan berjalan dengan lancar. Setiap sekolah akan mendapat guru yang terdiri dari pelbagai opsyen yang akan memenuhi pemintaan atau keperluan pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu walaupun sekolah tersebut terletak diluar bandar atau kawasan pendalaman. Maktab-maktab ini bukan sahaja mengeluarkan guru-guru biasa, malahan menyediakan guru-guru pendidikan khas bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah pendidikan khas. Sehingga kini terdapat lebih tiga puluh buah maktab yang bertanggung jawab melatih guru-guru pelatih bagi menenuhi kehendak pendidikan di Malaysia.
Bagi guru
berijazah, mereka dilatih di universiti-universiti awam bagi mengajar di
sekolah-sekolah menengah. Di samping itu terdapat pula program Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah bagi melatih graduan-graduan yang bukan dari
bidang perguruan untuk menjadi guru bagi menjamin bekalan guru yang
mencukupi bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk memastikan kelangsungan
pendidikan di Malaysia. Seterusnya sebuah Universiti pendidikan
iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dinaikan statusnya dari status
asalnya Institut Pendidikan sultan Idris khusus untuk perkembangan
bidang latihan keguruan. Dengan perlaksanaan akta Pendidikan 1996,
berkemungkinan besar pada masa akan datang guru-guru berijazah akan menerima
latihan terus di maktab-maktab perguruan.
Dibidang–bidang pengajian tinggi,
peluang-peluang pendidikan telah dibuka dengan luas selepas kemerdekaan dengan
penubuhan unniversiti-universiti . Institusi-institusi pengajian tinggi
yang awal ialah Universiti Malaya di Kuala Lumpur (1961), disusuli oleh
Institut Teknologi Mara (1967), Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti
Kebangsaan Malaysia (1970), Universiti Pertanian Malaysia(1971) dan
Universiti Teknologi Malaysia (1975). Pada masa ini terdapat lebih banyak
universiti awam yang telah dibina termasuklah Universiti Utara Malaysia,
Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti
Pendidikan Sultan Idris Universiti –universiti awam tempatan telah
menampung lulusan-lulusan sekolah terutamanya daripada aliran Melayu.
Malahan mulai tahun 1983 semua institusi yang terdapat dalam negara telah
menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia.
Pada tahun-tahun 1990an kerajaan Malaysia telah menjalankan dasar liberalisasi pendidikan . Ianya telah membawa perubahan besar dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Pada dekad ini beberapa perubahan telah dilakukan . Usaha telah giat dilakukan untuk memperkembangkan dan memajukan sistem pendidikan negara.
Melalui akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan institusi-instutisi pendidikan tinggi yang mana kebenaran telah diberikan kepada pihak-pihak yang berkelayakan bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi. Dalam tahun 1999 sahaja, tiga kolej universiti atau universiti penuh diwujudkan iaitu Kolej Universiti Islam Malaysia(Kuim), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM). Disamping itu kebenaran juga telah diberikan kepada pihak yang berkelayakan untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi swasta yang antaranya seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dan yang terbaru Universiti Tunku Abdul Rahman. Ini satu perkembangan yang baik dalam usaha kita menyemarakan ilmu pengetahuan dan mendemokrasikan pendidikan.
Pada tahun-tahun 1990an kerajaan Malaysia telah menjalankan dasar liberalisasi pendidikan . Ianya telah membawa perubahan besar dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Pada dekad ini beberapa perubahan telah dilakukan . Usaha telah giat dilakukan untuk memperkembangkan dan memajukan sistem pendidikan negara.
Melalui akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan institusi-instutisi pendidikan tinggi yang mana kebenaran telah diberikan kepada pihak-pihak yang berkelayakan bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi. Dalam tahun 1999 sahaja, tiga kolej universiti atau universiti penuh diwujudkan iaitu Kolej Universiti Islam Malaysia(Kuim), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM). Disamping itu kebenaran juga telah diberikan kepada pihak yang berkelayakan untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi swasta yang antaranya seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dan yang terbaru Universiti Tunku Abdul Rahman. Ini satu perkembangan yang baik dalam usaha kita menyemarakan ilmu pengetahuan dan mendemokrasikan pendidikan.
Kerajaan juga mengalakkan program pengajian berkembar dengan institusi-institusi luar negara bagi kolej-kolej swasta. Terdapat juga universiti-universiti tempatan yang menjalankan program pendidikan jarak jauh dan francais . Sebilangan universiti awam sudah mencapai enrolmen melebihi 20,000 pelajar sepenuh masa manakala dengan penubuhan intitusi pendidikan tinggi swasta telah mempunyai enrolmen melebihi 200,000.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memantau sekolah luar bandar dan pendalaman dari masa ke semasa bagi menjamin pendemokrasian Pendidikan di Malaysia berjalan dengan lancar. Kemudahan pendidikan diantara kawasan maju dan mundur seharusnya tiada jurang yang ketara. Ini merujuk terutamanya kepada mutu persekitaran sekolah, alat kelengkapan dan guru di kawasan-kawasan kampung, ladang-ladang, setinggan, pendalaman (Orang Asli) dan seterusnya.
Pembelaan dan bantuan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang terpinggir dari sistem pendidikan akibat dari kemiskinan. Ini akan menjamin mereka supaya dapat bersaing dalam satu sistem pendididkan yang adil pada dirinya dan masyarakatnya. Setiap aduan dan rungutan yang menyentuh mengenai pendidikan dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi haruslah diambil berat dan langkah-langkah tertentu harus diambil untuk menanginya pada semua peringkat supaya kita pada akhirnya mempunyai satu sistem pendidikan yang cukup sihat dari semua segi. Usaha yang berterusan bagi memajukan pendidikan perlu diberi perhatian bagi meningkatkan mutu pendidikan supaya kita semua dapat berbangga bahawa kita telah dapat mengamalkan pendemokrasian pendidikan dalam ertikata yang sebenarnya.
Cabaran
Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia: Ekuiti dan Kualiti
Cabaran
besar kepada sistem pendidikan negara sekarang ialah untuk merealisasikan dasar
pendemokrasian pendidikan bukan sahaja daripada aspek ekuiti, tetapi juga
kualiti kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang, status sosioekonomi,
lokasi dan etnik. Penekanan kepada aspek ekuiti dan kualiti serta kecekapan dan
keberkesanan pengurusan institusi pendidikan kini akan menjadi kriteria utama
kepada kejayaan pendemokrasian pendidikan keseluruhannya (KPM, 2001). Rajah 2
menjelaskan kriteria-kriteria utama bagi mencapai matlamat pembangunan sistem
pendidikan, termasuk penerusan dasar demokrasi pendidikan.
Pelaksanaan
dasar pendemokrasian peringkat pendidikan asas juga telah dilaksanakan menerusi aspek perundangan dengan
pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 dipinda untuk
menguatkuasakan Pendidikan Wajib di peringkat asas. Pelaksanaan Pendidikan
Wajib yang dilaksanakan mulai 2003 bertujuan untuk memastikan penyertaan 100
peratus kanak-kanak peringkat umur enam tahun ke atas hingga sebelas tahun ke
atas mendapat pendidikan as as yang sempuma. Langkah ini dilakukan dalam usaha meningkatkan
akses kohort persekolahan dan mengelakkan berlaku keciciran di peringkat pendidikan
asas.
Statistik
pada tahun 2000 (KPM, 2001) menunjukkan 97 peratus kanak-kanak berumur enam tahun
ke atas mendaftar di sekolah rendah seluruh negara. Angka ini membuktikanBahawa
dasar pendemokrasian pendidikan asas dari segi aksesibiliti telah hampir
dicapai. Walau bagaimanapun, dari aspek ekuiti dan kualiti, masih terdapat
jurang yang luas antara bandar dan luar bandar, khususnya dari sudut pencapaian
pelajar (RMKe-8). Persoalan ini sering dikaitkan dengan masalah kekurangan
input pendidikan yang berkualiti di luar bandar.
Namun
demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan
aksesibiliti, ekuiti, kualiti dan kecekapan pengurusan pendidikan di luar bandar
bagi mengurangkan jurang pencapaian pelajar antara bandar dan luar bandar (KPM,
2001). Usaha tersebut menjadi matlamat utama kerana pendidikan di Malaysia dan
juga negara lain mampu meningkatkan mobiliti sosial dan merupakan agen
pemodenan kepada masyarakat kurang beruntung di luar bandar (Inkeles, 1974;
Psacharopoulos, 1977; Abd Rahim, 2002)
Menurut
teori reproduksi sosial, keadaan tidak beruntung dalam satu generasi akan mewariskan
keadaan tidak beruntung dalam generasi berikut. Dalam konteks ini, merujuk kepada
Rajah 3 di atas, sekolah-sekolah kecil yang mempunyai prasarana yang serba berkurangan
dari segi kuantiti dan kualiti boleh menjadi faktor institusi yang menyumbang ke
arah pengekalan fenomena reproduksi sosial. Kawasan luar bandar menghadapi
fenomena deprivasi sosial kerana tumpuan projek-projek pembangunan dan
pembekalan prasarana sosial asas (elektrik, air, te1efon dan kesihatan) banyak
berfokus di kawasan bandar. Justeru itu, kawasan luar bandar terpinggir
daripada arus perubahan dan pemodenan. Pelajar yang tinggal di kawasan
sedemikian kekal terpinggir dan besar kemungkinan akan menghadapi persekitaran
yang lebih daif daripada pelajar-pelajar di bandar. Justeru, pelajar-pelajar sekolah
kecil di luar bandar sedemikian akan lebih cenderung ke arah social
reproduction (Bourdieu & Passeron, 1977) atau social deprivation (Rees,
1968) sekiranya tidak dilakukan intervensi polisi secara radikal yang inovatif
dan berkesan.
Rees
(1968) menjelaskan teori deprivasi merangkumi juga dimensi utama:
educationally,culturally, socially disadvantaged. Manakala UNESCO (1990) menjelaskan:
Educational disadvantage refers to the
adverse situation experienced by a particular group of people in society
whereby their access to (and enrolment in) school and/or non-formal education
is affected in a negative way by socio-economic and cultural characteristics
such as their gender, race, ethnicity, occupational status of family and
geographic locations.
Walau
bagaimanapun, mengikut hasil kajian Inkeles (1974) dengan pelaksanaan dasar intervensi
yang terancang, tersusun dan berstrategik sebagai imbuhan kepada
pelajar-pelajar kurang beruntung proses kitaran ganas terhadap masyarakat
kurang beruntung akan dapat dikurangkan dan dig anti dengan proses mobilisasi
sosial melalui pendidikan berkualiti yang boleh melahirkan perubahan nilai dan
pemodenan masyarakat luar bandar. Secara perbandingan banyak analisis empirikal
telah menunjukkan sekolah-sekolah di Negara-negara sedang membangun yang
mempunyai kemudahan asas dan input pendidikan yang berkualiti memperlihatkan
tahap pencapaian yang lebih baik berbanding sekolah yang tidak memiliki kemudahan
asas yang sempuma (Marope,1996).
Selain
itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa tempoh pendidikan yang
diterima oleh golongan petani di negara membangun mempengaruhi produktiviti
mereka. Sebagai contoh, kajian Psacharopoulos dan Woodhall (1985) yang
berdasarkan data Bank Dunia mendapati petani yang mendapat pendidikan lebih
tinggi bijak menggunakan sumber seperti baja dan racun serangga berbanding
petani yang kurang mendapat pendidikan. Secara umumnya Bank Dunia pada 1980
telah menggariskan beberapa strategi pelaburan dalam bidang pendidikan untuk
meningkatkan peluang pendidikan yang sama rata di pelbagai peringkat kepada
semua untuk memenuhi konsep pendemokrasian di dalam pendidikan seperti berikut:
Ø Pendidikan
asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang dewasasesuai dengan
sumber yang ada. Dalamjangka masa panjang sistem pendidikanformal dan tak
formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan;
Ø Untuk
meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial, peluang pendidikan
perlu disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan
status sosioekonomi;
Ø Sistem
pendidikan perlu euba meningkatkan keeekapan dalaman dalam pengurusan, pengagihan
dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti
pendidikan;
Ø Pendidikan
patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan
kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk
perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain; dan
Ø Untuk
memenuhi objektif di atas, negara-negara sedang membangun perlu membina dan
mengekalkan kedudukan institusi untuk merekabentuk, menganalisis, mengurus dan
menilai program untuk pendidikan dan latihan.
(World
Bank, 1980, ms.10)
No comments:
Post a Comment