Oleh : Shakila Adam Rafik Thiagarajah
Bagi tugasan untuk
subjek Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( EDU 3108 )mengekehendaki saya untuk membuat
analisis sebuah artikel pilihan mengenai isu keguruan. Pertama sekali, proses
pemilihan artikel adalah sedikit rumit kerana saya tidak dapat memilih artikel
yang paling sesuai. Saya memilih artikel ini kerana isunya yang berkait rapat
dengan tema hari guru pada tahun ini. Saya selalu tertarik dengan inovasi yang
dilakukan oleh para pendidik. Ini menunjukkan kehebatan profesion keguruan.
Inovasi yang dilakuakan oleh seorangg guru tidak memerlukan pencapaian akademik
yang melangit melainkan usaha untuk sentiasa berada satu langkah ke hadapan.
Namun dengan pencapaian akademik lagi dapat mengutuhkan inovasi yang dilakukan.
Antara masalah yang saya hadapi
sepanjang menjalankan tugasan ini adalah ketandusan idea. Hanya pada semester
ini baru saya hadapi tugasan yang memerlukan saya membuat ulasan. Sesungguhnya,
kebolehan saya untuk mengarang adalah sangat rendah. Untuk menyelesaikan masalah
ini, saya banyak merujuk kepada contoh-contoh penulisan yang terdapat di
internet. Penulisan-penulisan tersebut banyak membantu saya sepanjang
melaksanakan tugasan ini. Selain itu, saya banyak mempelajari tentang ‘guru
berinovasi’. Banyak perkara yang menjadikan seseorang guru yang berinovasi.
Saya sedari, untuk menjadi seorang guru berinovasi ini adalah pilihan.
Praktikum yang telah saya jalani selama 6 bulan sedikit sebanyak memberi saya ‘preview’ tentang tugas seorang guru
kelak. Tugas seorang guru bukanlah mudah seperti apa yang dikatakan oleh orang
lain. Bebanan tugas setiasa membelengu meskipun loceng tamat persekolahan sudah
berbunyi. Namun, halangan ini boleh diatasi jika dilihat pada pemenang-pemenang
guru inovasi. Jika saya ingin menjadi seorang guru berinovasi saya harus
memulakan langkah apabila saya memulakn detik sewaktu saya bergelar guru
sebenar di sekolah kelak.
` Akhir
sekali, seperti tugasan-tugasan yang lain ia memberi pengetahuan yang mendalam
tentang subjek yang dipelajari. Selain itu, ia membuat saya sedar bahawa adalah
sangat bahaya untuk berada pada zon selamat. Ini kerana, apabila kita berada
pada satu tokok dimana kita berasa selasa perubahan yang dibawa akan menjadi
satu ancaman. Oleh itu, saya berharap dapat menggunakan segala pengalaman,
pengetahuan dan kesedaran yang saya perolehi ini untuk meningkatkan amalan
profesion saya pada masa akan datang.